Thursday, May 21, 2015

Cerita Mrsm 2

"Hai! second intake jugak ke?" 
"Aah,samalah kita heheh,nama apa?"
"Najwa, (malu senanya nk pakai gelaran awak so direct terus tanya dia) nama apa?"
"Syahirah" (sambil tersenyum rabbit)
"Duduk anjung mana?"
"Anjung belakangg sekali"
"Ohh, kita duduk anjung depan ni je"

Tiba2 jadi senyap sebab dua2 tengah iron baju. Masatu aku rasa kitorang dua org kot sbb satu aspuri senyap, gi prep katanya. Haha masa ni sesambil iron baju je kalau terpandang mmg ashik nak senyum je hahaha budak baru kan. "Syahirah (masa ni panggil nama panjang, sekarang Syirah je) nanti pergi surau nanti kita turun sama2 okay?"


Dalam pukul 6.30 petang,semua macam ada yang baru lepas makan kat ds, ada yang tengah siap2 nak turun surau sebab aspuri tutup pagar pukul 7.10. Aspura tutup lambat,masatu first time dengar diorang tutup lambat,rasa macam mana aciii? tahulah, aci kat india tapi mana boleh! diorang boleh pulak keluar lambat! tapi bila tengok balik, mesti ada sebab kan kenapa kena tutup lambat, bukan sesaje je hahah

Aku tak makan ds pun petang tu,al maklumlah budak baru lagi, still segan nak pergi mana2 sebab aku ni pemalu hiks! Then pergi raudah dengan Syirah (aka my bestfriend yang first sekali kat maktab) hahaha! After perform maghrib, ada announcement "Assalammualaikum warahmatulahhiwabarakatu, perhatian kepada pelajar mrsm merbok yang baru daftar,sila ke dewan sekarang juga kerana ustaz hafiz ingi berjumpa dengan anda,DIULANGI...)

Lepastu aku dengan Syirah pun cepat2lah lipat telekung semua and pergi foyer dewan, tiba2 masatu mcm ramai pulak budak perempuan yang pergi (takdelah ramai sangat,dalan 6 orang mcm tu). Then kena ambik kerusi sndiri sebab ustaz nak bercakap sikit haha 
Ustaz cakaplah pasal kekemasan diri semua,pasal adab kena jaga kat maktab,entahla aku pun dah lupa tapi dia ckp psl maktab. "ada apa2 pertanyaan dok? ampa ni bdak baru,takut ada yang dok memahami satgi" Tiba2, ada sorang girl yang duduk depan aku ni dengan confident je angkat tangan hahaha! aku nak gelak bila ingat balik.

(IT'S AMILAH OKAY! HAHAHAHA ) dahla selamber badak sukahati dia je pakai abaya! hahaha buat RARE! yang lain pakai baju kurung hahahaha

"Ustaz, biasanya kena pakai baju apa?" Lepastu dah masuk isya' kitorang pun masuk raudhah reramai balik, then masa tu macam berduyun-duyun announcement,aku pun tatau announcement apa,sampai ada yang berebut mic aku rasa,gelak2 pun ada (merbokians,anda tahu kan situasi nya bagaimana hahaha)
Aku ngn syirah mcm segan2 nak masuk kelas baru untuk prep hahaha, malam tu kitorang masuk 4IH (kelas legend). Dahla ramai laki hahaha perempuan pun dalam berapa kerat je (Mai,Mimi,Pikah Kasim,Afiqah tu je kot aku tak ingat haha Nani semua belum masuk lagi,dia still kat kelas account)

Masa kitorang datang tu, meja kitorang takde lagi, budak2 IH yang gentlemen tahap angkatkan meja semua cehh. Lepastu start kenal2 dengan budak second intake semua. Malam tu memang letih la nak kena ingat nama hahaha then ada sorang gurl ni,second intake jugak, "Hai!! Nama saya Alia Yasmin!! Panggil Yasmin atau alia" hahahaokay sangat confident budak ni. Ada yang nama Amilah (masa first milah bagitahu nama dia, aku macam woah classic gila nama! Amilah amilah amilah haha aku suka panggil nama dia act)

Then Alya Ilyani..masatu diorang 3 orang duduk meja sederet, jadi triple A hahaha aku dgn syirah main duduk je meja sesiapa sebab kitorang tak sure tempat yang kitorang duduk tu tetap atau tak. Aku tak ingat,malam tu atau malam esok tu sebab tiba2 dengan meriahnya budak kelas IH keluarkan phone, nak2 lagi Alif si sepet aka Jamal Abdillah aku panggil dia sebok tanya username twitter apa kt kitorang sorang2 hahaha. Lepastu ada jugak pengikut dia mcm Faisal aka bagi aku dia macam justin bieber sikit ok faisal kalau kau baca kau jangan kembang,aku saja taknak bagitahu kau hahah entahla, maybe rambut dia kot,lepastu dengan rambut dia ketepi tu. Senanya ramai lagi aku tak ingat siapa lagi yang mintak username twitter haha meluat giler diorang ni :D

Esok tu,lepas rollcall pagi, aku masuk kelas ih tanpa syirah,then terjumpa gurl yang pakai spec and dia mempunyai style menaikkan spec yg jatuh (ala korang faham2 sendiri lah) iT'S DINAA! masatu muka dia innocent nak matey hahaha then tanya aku "second intake ke?" "aah,second intake jugak eh" "samalahkita, hm nanti masuk kelas nanti kita duduk sebelah2 okay" aku macam okay! dengan excited haha dina ni cepat2 bagitahu suruh aku duduk sebelah dia sebab aku first yang dia tegur. Dahla aku tanya dia,dia kata dia tak pergi perjumpaan dengan ustaz malam tu sebab dia sampai lambat hahaha ni satu lagi makcik rare! hahahaa

Tiba2 aku terlupa syirah pulak hahaha last2 aku duduk sebelah dina,syirah aku lupa dia duduk dengan siapa tapi dia belakang kitorang. Triple A pulak dengan divanya duduk sederet, lepastu aku pandang the other site, baru aku perasan budak lelaki second intake mcm kitorang jugak. Aku nampak dua orang lelaki,duduk belakang sekali. Yang sorang tu rambut masyaAllah, kusut dan kerinting,dengan jerawat,pakai spec tapi putih (sekarang dah hensem okay hahah IT'S IPAN MUQRI!) lepastu sebelah diaq pulak besar2 sikit,pakai spec jugak,putih,tapi muka mengantuk,macam letih pun ada,rambut serabai (sekarang dh besar dh kemas tau dulu selekeh mcm tu IT'S NAJMEYHH)

Aku rasa dia dua orang kot yang second intake, masatu muka diorang letih je. Dahla pendiam hahaha tapi macam sedih pun ada bila tengok diorang, sebab muka memang takleh blah,muka macam haa! muka homesick kot hahaha sedih je aku tengok. haa! lupa ada sorang gurl jugak,dia VOGUE GILA serious talk! Dengan purse MISS WHATEVER bukan purse je, beg pun! Lepastu semua benda nak pink! beg pink pencil box pink lepastu dengan bawak cermin ke hulur ke hilir 24 jam hahaha and paling BERANI BILA DIA BAWAK IPHONE GI KELAS hahahahaa IT'S ADIBAH AKA DATIN! tapi sayang, dia taklama pun sobs dalam sebulan ke berapa minggu tah,dia tinggalkan merbok hm tapi dia paling best! whatever memang tagline dia dengan gaya dia bawak beg omg serupa mcm Datin!


Then start daripada situ, kitorang rapat gegile,makan sama2 pergi ds sama2 stay up sama2, pergi tandas sama2, tidur sekatil,tidur gabung katil,gi kelas sama2,share cerita sama2 semua lah sama2 hahaha 

Kali ni takda sambungan ya Faizie, Jie dan lain2 yang tunggu post sambungan Cerita Mrsm ni hahaha maybe akan ada post pasal event kat maktab mcm naik gunung jerai ke, or event apa2 hashtag kalau rajin hahaha!