Thursday, May 21, 2015

Cerita Mrsm 2

"Hai! second intake jugak ke?" 
"Aah,samalah kita heheh,nama apa?"
"Najwa, (malu senanya nk pakai gelaran awak so direct terus tanya dia) nama apa?"
"Syahirah" (sambil tersenyum rabbit)
"Duduk anjung mana?"
"Anjung belakangg sekali"
"Ohh, kita duduk anjung depan ni je"

Tiba2 jadi senyap sebab dua2 tengah iron baju. Masatu aku rasa kitorang dua org kot sbb satu aspuri senyap, gi prep katanya. Haha masa ni sesambil iron baju je kalau terpandang mmg ashik nak senyum je hahaha budak baru kan. "Syahirah (masa ni panggil nama panjang, sekarang Syirah je) nanti pergi surau nanti kita turun sama2 okay?"


Dalam pukul 6.30 petang,semua macam ada yang baru lepas makan kat ds, ada yang tengah siap2 nak turun surau sebab aspuri tutup pagar pukul 7.10. Aspura tutup lambat,masatu first time dengar diorang tutup lambat,rasa macam mana aciii? tahulah, aci kat india tapi mana boleh! diorang boleh pulak keluar lambat! tapi bila tengok balik, mesti ada sebab kan kenapa kena tutup lambat, bukan sesaje je hahah

Aku tak makan ds pun petang tu,al maklumlah budak baru lagi, still segan nak pergi mana2 sebab aku ni pemalu hiks! Then pergi raudah dengan Syirah (aka my bestfriend yang first sekali kat maktab) hahaha! After perform maghrib, ada announcement "Assalammualaikum warahmatulahhiwabarakatu, perhatian kepada pelajar mrsm merbok yang baru daftar,sila ke dewan sekarang juga kerana ustaz hafiz ingi berjumpa dengan anda,DIULANGI...)

Lepastu aku dengan Syirah pun cepat2lah lipat telekung semua and pergi foyer dewan, tiba2 masatu mcm ramai pulak budak perempuan yang pergi (takdelah ramai sangat,dalan 6 orang mcm tu). Then kena ambik kerusi sndiri sebab ustaz nak bercakap sikit haha 
Ustaz cakaplah pasal kekemasan diri semua,pasal adab kena jaga kat maktab,entahla aku pun dah lupa tapi dia ckp psl maktab. "ada apa2 pertanyaan dok? ampa ni bdak baru,takut ada yang dok memahami satgi" Tiba2, ada sorang girl yang duduk depan aku ni dengan confident je angkat tangan hahaha! aku nak gelak bila ingat balik.

(IT'S AMILAH OKAY! HAHAHAHA ) dahla selamber badak sukahati dia je pakai abaya! hahaha buat RARE! yang lain pakai baju kurung hahahaha

"Ustaz, biasanya kena pakai baju apa?" Lepastu dah masuk isya' kitorang pun masuk raudhah reramai balik, then masa tu macam berduyun-duyun announcement,aku pun tatau announcement apa,sampai ada yang berebut mic aku rasa,gelak2 pun ada (merbokians,anda tahu kan situasi nya bagaimana hahaha)
Aku ngn syirah mcm segan2 nak masuk kelas baru untuk prep hahaha, malam tu kitorang masuk 4IH (kelas legend). Dahla ramai laki hahaha perempuan pun dalam berapa kerat je (Mai,Mimi,Pikah Kasim,Afiqah tu je kot aku tak ingat haha Nani semua belum masuk lagi,dia still kat kelas account)

Masa kitorang datang tu, meja kitorang takde lagi, budak2 IH yang gentlemen tahap angkatkan meja semua cehh. Lepastu start kenal2 dengan budak second intake semua. Malam tu memang letih la nak kena ingat nama hahaha then ada sorang gurl ni,second intake jugak, "Hai!! Nama saya Alia Yasmin!! Panggil Yasmin atau alia" hahahaokay sangat confident budak ni. Ada yang nama Amilah (masa first milah bagitahu nama dia, aku macam woah classic gila nama! Amilah amilah amilah haha aku suka panggil nama dia act)

Then Alya Ilyani..masatu diorang 3 orang duduk meja sederet, jadi triple A hahaha aku dgn syirah main duduk je meja sesiapa sebab kitorang tak sure tempat yang kitorang duduk tu tetap atau tak. Aku tak ingat,malam tu atau malam esok tu sebab tiba2 dengan meriahnya budak kelas IH keluarkan phone, nak2 lagi Alif si sepet aka Jamal Abdillah aku panggil dia sebok tanya username twitter apa kt kitorang sorang2 hahaha. Lepastu ada jugak pengikut dia mcm Faisal aka bagi aku dia macam justin bieber sikit ok faisal kalau kau baca kau jangan kembang,aku saja taknak bagitahu kau hahah entahla, maybe rambut dia kot,lepastu dengan rambut dia ketepi tu. Senanya ramai lagi aku tak ingat siapa lagi yang mintak username twitter haha meluat giler diorang ni :D

Esok tu,lepas rollcall pagi, aku masuk kelas ih tanpa syirah,then terjumpa gurl yang pakai spec and dia mempunyai style menaikkan spec yg jatuh (ala korang faham2 sendiri lah) iT'S DINAA! masatu muka dia innocent nak matey hahaha then tanya aku "second intake ke?" "aah,second intake jugak eh" "samalahkita, hm nanti masuk kelas nanti kita duduk sebelah2 okay" aku macam okay! dengan excited haha dina ni cepat2 bagitahu suruh aku duduk sebelah dia sebab aku first yang dia tegur. Dahla aku tanya dia,dia kata dia tak pergi perjumpaan dengan ustaz malam tu sebab dia sampai lambat hahaha ni satu lagi makcik rare! hahahaa

Tiba2 aku terlupa syirah pulak hahaha last2 aku duduk sebelah dina,syirah aku lupa dia duduk dengan siapa tapi dia belakang kitorang. Triple A pulak dengan divanya duduk sederet, lepastu aku pandang the other site, baru aku perasan budak lelaki second intake mcm kitorang jugak. Aku nampak dua orang lelaki,duduk belakang sekali. Yang sorang tu rambut masyaAllah, kusut dan kerinting,dengan jerawat,pakai spec tapi putih (sekarang dah hensem okay hahah IT'S IPAN MUQRI!) lepastu sebelah diaq pulak besar2 sikit,pakai spec jugak,putih,tapi muka mengantuk,macam letih pun ada,rambut serabai (sekarang dh besar dh kemas tau dulu selekeh mcm tu IT'S NAJMEYHH)

Aku rasa dia dua orang kot yang second intake, masatu muka diorang letih je. Dahla pendiam hahaha tapi macam sedih pun ada bila tengok diorang, sebab muka memang takleh blah,muka macam haa! muka homesick kot hahaha sedih je aku tengok. haa! lupa ada sorang gurl jugak,dia VOGUE GILA serious talk! Dengan purse MISS WHATEVER bukan purse je, beg pun! Lepastu semua benda nak pink! beg pink pencil box pink lepastu dengan bawak cermin ke hulur ke hilir 24 jam hahaha and paling BERANI BILA DIA BAWAK IPHONE GI KELAS hahahahaa IT'S ADIBAH AKA DATIN! tapi sayang, dia taklama pun sobs dalam sebulan ke berapa minggu tah,dia tinggalkan merbok hm tapi dia paling best! whatever memang tagline dia dengan gaya dia bawak beg omg serupa mcm Datin!


Then start daripada situ, kitorang rapat gegile,makan sama2 pergi ds sama2 stay up sama2, pergi tandas sama2, tidur sekatil,tidur gabung katil,gi kelas sama2,share cerita sama2 semua lah sama2 hahaha 

Kali ni takda sambungan ya Faizie, Jie dan lain2 yang tunggu post sambungan Cerita Mrsm ni hahaha maybe akan ada post pasal event kat maktab mcm naik gunung jerai ke, or event apa2 hashtag kalau rajin hahaha!

Cermin Mata

Hai Assalammualaikum!

Kenapa tajuk cermin mata?! Mana sambungan cerita mrsm tu? alahai anak-anak sekalian, sebenarnya susah nak ingat balik sebab tak ingat detail-detail sangat pasal memori masa mula-mula kat maktab hahah kecuali pasal benda yang paling-paling happening kat maktab contohnya macam my birthday prank

Ok,berbalik pada persoalan harini, kenapa cermin mata? sebenarnya aku teringat pasal cermin mata time aku mandi tadi. Ramai yang taktahu sebenarnya aku ada banyak cermin mata kalau kira daripada time darjah 1 aku pakai.
Aku tahu, aku ni memang jarang sangat tengok pakai cermin mata sebab aku pakai time belajar or tengok laptop sebab rabun aku takdelah teruk sangat,sikit je cuma silau aku tinggi. 

Pertama masa aku first2 pakai cermin mata time darjah 2, cermin mata tu kalau tengok balik memang macam spek harry potter betul! dahla bulat! Awal kan aku pakai spec? Bagi aku lah, maybe orang lain ada je pakai dari tadika kan.
Masatu aku memang excited gegila bila ada spec sendiri sebab bagi aku masa kecik2, spec ni untuk orang besar je. Rasa dh dewasa bila pakai spec ( padahal baru darjah 2 hek). Then masa darjah 3 tiba2 bingkai dia dah bengkok, senget ke kanan hahah so terpaksa lah beli baru. So spec tu dapatlah aku pakai dlm setahun lebih mcm tu.



Kedua, aku beli spec baru yang cermin empat segi lebaq tu. Hahah daripada cermin bulat jadi cermin empat segi kan. So aku pakai start darjah 4, lepas tunggu berbulan-bulan tak beli untuk gantikan spec hewry pottah tu. Then beli spec tu kat kedai menara. Aku paling suka part nak check power mata! Dhla bilik tu gelap lepastu diuji lagi dengan huruf yang kadang nampak kadang mcm blur sikit. 




Lepastu siap ditukar-tukar cermin lagi haha best!
Ayat masa nk check power tu kebanyakan aku just ckp " haa nampak,clear!" "blur sikit" "tak nampak"  
Oklah spec tu, cuma lelama pakai nampak muka tua ahaks

Ketiga,masa awal2 tahun time aku darjah 5 kan, konon nak stail baghu, and nampak matang sikit (tapi tak matang lagi) ayah aku belikan spec yang full frame tebal tu. Masatu aku suka sangat dengan spec tu, nampak macam kakak2 yang masuk U gitu. So beli lah spec full frame tebal tu,warna hijau. Dahla warnah hijau,striking giler warna dia hahaha
Lepastu bila pakai dekat tudung, nampak tudung jadi bentuk pentagon, masa tu aku mcm lantaklah tudung nk jd mcm mana, janji pakai.

Tiba-tiba satu hari pulak lepas pj, time rehat lah kan, kitorang tengah nak tukar baju kat tandas reramai sebab cikgu kata kalau tak tukar baju uniform sekolah lepas rehat, kena tulis nama and kena marah. So memang ramailah kat tandas masatu. Kecik2 tak kesahla nak tukar baju sama2 kan hahah.

Then aku letak plastik baju sekolah aku tepi mangkuk jamban tu ( i mean bukan betul2 tepi,cuma tepi as sandarkan plastik baju tu kt tepi dinding haa lantaklah korang kalau tak faham hahah, sebab takda penyangkut kay -,- ) Aku letak jugak cermin mata aku kat tepi plastik baju aku jugak time tu. Tiba2 aku taktahulah macam mana kan, aku TERSEPAK spec tu, termasuk dalam LUBANG JAMBAN!

Masatu rasa macam nak nangis pun ada tapi at the same time takut, so susah nak keluarkan air mata tu. Aku jerit nama kawan baik aku "Najihatulll!! Korang!! Spec aku termasuk dalam lubang jamban!!" Diorang mcm "apaa? najwa bukak pintu!" (tapi ada jugak yang gelak -.- ) Kitorang pun panggil makcik cleaner tu ambikkan sebab kitorang taktahu nak ambik mcm mana hahaha mungkin makcik tu boleh gunaka alat ke kan nak ambik spec tu


Makcik tu kata lubang jamban tu bengkok and terus pergi ke tempat najis. Kalau lubang tu mcm menegak,ada harapan boleh ambik. Tapi nak buat cane kan. Bersemadilah dia kat loji. Masa aku balik rumah, aku taktahu nk ckp mcm mana kat ayah aku, nasib baik ayah aku tak marah. Haih

So start lepas spec tu terjatuh dlm tandas until form4 aku dah malas nak pakai spec. So start kat maktab dalam akhir2 aku form 4 lah kan tiba2 aku rasa mcm sakit belakang kepala. Doktor kata masalah sebab takpakai spec. Aku tanya doktor, bukan lagi bagus ke kalau tak pakai spec? doktor kata eh siapa cakap? Bila kita selalu pakai spec, power kita lelama menurun tau aku mcm ohyeke..

Then belilah spec yang sesuai sikit. Masa ni aku dah mcm memilih sikit nak beli, sebab aku taknak spec yang buatkan tudung aku jadi bentuk pentagon. And bagi aku okay..lepastu dia ada blu ray edition untuk pelindung cahaya kt cermin

Tapi masa kat kelas,ramai senanya yang annoyed dengan spec aku, nak2 lagi Najmi sebab dari jauh kalau dia nak cakap dengan aku, cermin spec aku ni pantulkan warna biru ungu hahah so tak nampak sangat mata aku bila nk cakap lol.

ha kira macam ni la cermin dia (excuse the google picture)


Tuesday, May 19, 2015

Cerita MRSM

Assalammualaikum, haa harini aku nak cerita pasal maktab. Walaupun aku tak dapat first intake then alhamdulillah aku dapat second intake. Lepastu check dia kata kt Mrsm Merbok. Masa tu mcm "ha merbok? kat johor ke?" 
Then Google jap merbok apakah itu, tett! dekat kedah?! :O

11.3.2013 tarikh pendaftaran. Just bawak barang yang penting dulu, kalau tak cukup leh outing takpun boleh post dari melaka kan. Sebenarnya sebelum tu dah check in dah dekat hotel, you know sebab jauh kan. 

"Woahhh luasnyaaaa mrsm Merbok ni!!" "Cantik sangat! Hari-hari nampak gunung jerai kat maktab" Masatu over excited kut, cantik sangat pemandangan kat maktab tu. Tenang je rasa. Yayy dah sampai pun maktab. Takdelah ramai sangat,sebab second intake kan? So biasa2 je. Lepastu aku mcm confuse mana satu pejabat dia ni hahaha.


Lepastu dah buat pendaftaran dekat luar pejabat. Beberapa minit tu semua pelajar baru dengan ibu bapa sekali kena masuk Bilik Mesyuarat untuk dengar talk daripada Ayahanda (pengetua), Cikgu Ariffin (GPK Hem) tentang maktab dan macam mana nak survive kat maktab.
"Semua pelajar ada cikgu homeroom mereka masing2" - Cikgu Ariffin
Lepas talk tu semua orang dah pergi kat cikgu homeroom diorg memasing. Time tu aku sorang je takda cikgu homeroom sebab Teacher Syaz (cikgu homeroom gue) ada kerja so tcr syaz tak dapat hadir.

Then, benda yang akuuka bila aku masuk hostel! Yayy hostel life. Dapatlah satu cube dengan 4 orang kat situ. Hidayatul dgn Aisyah senior lah kononnya sebab diorg dari lower form masuk maktab. Lagi sorang Amira Ghazali, yang tinggi2 lemah gemalai lembut tu haha!


So salam2 diorang semua,bermulalah sesi unpacked. Mama tolong susun sikit2 baju aku dalam locker sementara aku tidur jap kemas2 meja dengan katil. Lepas dah kemas tu turun bawah jap, nak jalan2 pusing2 kat area sungai petani dengan pakai baju maktab haha! Kitorang makan dekat kedai depan maktab je. 

Dah tengahari, kitorang balik maktab balik. Masatu ayah pulak kata diorg dah nak balik sebab takut sampai Melaka dalam 2-3 pagi karang,tu pasal diorang nak balik tu.Perjalanan Melaka Sg Petani dalam 7 jam jugak tau.


Sebelum tu sesi bersalaman kejap, rasa macam nak nangis tapi gua tahu gua kewl dan relax so taknak lah tunjuk nangis-nangis ni.
Lepastu aku buat2 lah cakap "ayah belakang asrama ni pokok kelapa sawit banyak kan?" Waduh gua terpaksa guna taktik sikit kasi diorang balik lambat haha! Tapi taktik tu TAK BERJAYA! :( ayah just cakap aah banyak je lepastu tengok diorang semua macam tak sabar nak balik Melaka

"Bye angahhh! Jaga diri elok2. Baca doa sebelum tidur,belajar rajin2 (banyak lagi senanya nasihat haha)". Aku macam "Ok bye semuaaa! Jaga kucing elok2" (dengan muka yang sangat excited dan pertolongan otot-otot seperti otot muka untuk senyum,otot tangan untuk melambai dan kaki untuk melompat-melompat. (See? betapa banyaknya lakonan aku di situ padahal dalam hati rasa macam nak ikat diorang tak kasi balik.




Aku dengan sedih mengatur langkah masuk cube kat tingkat-satu-anjung-lavendar-yang-menghadap-tingkap-cube nombor-2.
Nampak budak2 cube aku semua dah bersiap-siap nak pergi prep petang. Tinggalah aku sorang2 kat cube. Susun sikit buku2 lepastu iron baju kat bilik gosok. Tiba2 aku terdengar satu bunyi tapak selipar, aku cepat2 pandang pintu bilik gosok! Satu kelibat yang kurus, tinggi dan....memakai spek,muka ala2 chinese gitu. 

Aku pun menyapa "hai" bersambung...