Tuesday, May 19, 2015

Cerita MRSM

Assalammualaikum, haa harini aku nak cerita pasal maktab. Walaupun aku tak dapat first intake then alhamdulillah aku dapat second intake. Lepastu check dia kata kt Mrsm Merbok. Masa tu mcm "ha merbok? kat johor ke?" 
Then Google jap merbok apakah itu, tett! dekat kedah?! :O

11.3.2013 tarikh pendaftaran. Just bawak barang yang penting dulu, kalau tak cukup leh outing takpun boleh post dari melaka kan. Sebenarnya sebelum tu dah check in dah dekat hotel, you know sebab jauh kan. 

"Woahhh luasnyaaaa mrsm Merbok ni!!" "Cantik sangat! Hari-hari nampak gunung jerai kat maktab" Masatu over excited kut, cantik sangat pemandangan kat maktab tu. Tenang je rasa. Yayy dah sampai pun maktab. Takdelah ramai sangat,sebab second intake kan? So biasa2 je. Lepastu aku mcm confuse mana satu pejabat dia ni hahaha.


Lepastu dah buat pendaftaran dekat luar pejabat. Beberapa minit tu semua pelajar baru dengan ibu bapa sekali kena masuk Bilik Mesyuarat untuk dengar talk daripada Ayahanda (pengetua), Cikgu Ariffin (GPK Hem) tentang maktab dan macam mana nak survive kat maktab.
"Semua pelajar ada cikgu homeroom mereka masing2" - Cikgu Ariffin
Lepas talk tu semua orang dah pergi kat cikgu homeroom diorg memasing. Time tu aku sorang je takda cikgu homeroom sebab Teacher Syaz (cikgu homeroom gue) ada kerja so tcr syaz tak dapat hadir.

Then, benda yang akuuka bila aku masuk hostel! Yayy hostel life. Dapatlah satu cube dengan 4 orang kat situ. Hidayatul dgn Aisyah senior lah kononnya sebab diorg dari lower form masuk maktab. Lagi sorang Amira Ghazali, yang tinggi2 lemah gemalai lembut tu haha!


So salam2 diorang semua,bermulalah sesi unpacked. Mama tolong susun sikit2 baju aku dalam locker sementara aku tidur jap kemas2 meja dengan katil. Lepas dah kemas tu turun bawah jap, nak jalan2 pusing2 kat area sungai petani dengan pakai baju maktab haha! Kitorang makan dekat kedai depan maktab je. 

Dah tengahari, kitorang balik maktab balik. Masatu ayah pulak kata diorg dah nak balik sebab takut sampai Melaka dalam 2-3 pagi karang,tu pasal diorang nak balik tu.Perjalanan Melaka Sg Petani dalam 7 jam jugak tau.


Sebelum tu sesi bersalaman kejap, rasa macam nak nangis tapi gua tahu gua kewl dan relax so taknak lah tunjuk nangis-nangis ni.
Lepastu aku buat2 lah cakap "ayah belakang asrama ni pokok kelapa sawit banyak kan?" Waduh gua terpaksa guna taktik sikit kasi diorang balik lambat haha! Tapi taktik tu TAK BERJAYA! :( ayah just cakap aah banyak je lepastu tengok diorang semua macam tak sabar nak balik Melaka

"Bye angahhh! Jaga diri elok2. Baca doa sebelum tidur,belajar rajin2 (banyak lagi senanya nasihat haha)". Aku macam "Ok bye semuaaa! Jaga kucing elok2" (dengan muka yang sangat excited dan pertolongan otot-otot seperti otot muka untuk senyum,otot tangan untuk melambai dan kaki untuk melompat-melompat. (See? betapa banyaknya lakonan aku di situ padahal dalam hati rasa macam nak ikat diorang tak kasi balik.




Aku dengan sedih mengatur langkah masuk cube kat tingkat-satu-anjung-lavendar-yang-menghadap-tingkap-cube nombor-2.
Nampak budak2 cube aku semua dah bersiap-siap nak pergi prep petang. Tinggalah aku sorang2 kat cube. Susun sikit buku2 lepastu iron baju kat bilik gosok. Tiba2 aku terdengar satu bunyi tapak selipar, aku cepat2 pandang pintu bilik gosok! Satu kelibat yang kurus, tinggi dan....memakai spek,muka ala2 chinese gitu. 

Aku pun menyapa "hai" bersambung...